Berjalan sendiri buat aku terfikir berkenaan perihal diri ini.. terkadang aku teringat yang boleh dikatakan xmasuk akal atau kata lainnya tak patut aku fikirkan.. contohnya tiba2 aku terfikir atau kata lainya terkenang sewaktu aku berjalan2 ketika perjalanan na g umah member aku abdillah.. kejadian nie waktu aku umah kat sentul..Taman Dato Senu..(hehe.. saje mention).. waktu tue aku g waktu malam.. kawasan umah ala kampung.. tapi sebelum aku sampai ke umah membe aku nie yang agak cerun ke bawah.. sering dengar orang mengaji.. ntah tiba2 waktu aku terasa perasaan yang tenang yang tak dapatkan aku gambarkan.. tapi kawasan kat situ dah takde penduduk maklumlah kuala lumpur yang pesat dengan pembangunan..
Aku,
Dulu aku amat suka melepak, keluar bersukan dan pelbagai aktiviti... namun sekarang aku banyak terperuk di dalam rumah.. perasaan bosan tue.. memang amat terasa.. menghadapi keadaan sebegini membuat aku terkenang akan kenangan lama yang terkadang sering datang menerpa tanpa dipinta.. dari rumahku ini paling aku suka adalah masjid maklumlah dekat jew.. kalau aku rasa tak tenang terkadang waktu malam aku akan menjengah di sebalik tingkap dengan melihat masjid.. dihadapan umahku.. manalah tau ada orang wat solat malam dengan memandang akan terkesan di dalam hati walaupun sedikit.. terkadang pada siang hari aku dapat melihat pasangan buta sedang berjalan.. oh terasa zuhud.. bagaimana ia dapat menjalani kehidupan sebegitu.. terkadang dalam pemikiranku ada kelebihannya buta.. daripada penglihatan mata manusia rasa tamak nak itu dan ini.. bergaduh sesama sendiri.. tak pernah cukup dengan apa yang ada.. kawan jadi lawan.. berpecah belah saudara mara disebabkan dunia yang sementara ini.. sebelum mati pun paling difikirkan adalah harta.. sape nak jaga harta aku.. anak aku cukup makan ke.. sampai mati.. simple jew idup nie.. kalau di wat hitungan umur aku nie dah separuh.. hidup singkat je.. ntahlah memang ati masih tak tenang.. terkadang malas aku nak pk... mencari dan terus mencari...
No comments:
Post a Comment