Monday, December 17, 2012
Hari Ini
..Apa yang ada dikotak pemikiran aku adalah ingin mencari ilmu dengan membuat kerja lebih.. semalam aku dan isteri pergi ke rumah orang tuaku... pada hari ahad tersebut hanya ada mak, adik dan adik iparku.. ayahku tiada dirumah, mak mengatakan ayah aku kerja pada ketika itu..uik! hari ahad pun kerja.. itulah ayah kau kerja shaja apa yang nak dicarinya entah, anak dah besar2 dah kerja dan berumah tangga.. 2 hari lepas dia xbalik umah sibuk bekerja dari pagi sampai pagi..kata mak aku.. fuyyooo dahsyat betul..dengan umur ayah yang 54 tahun, memang xdinafikan yang ayah aku jenis kuat bekerja sejak dari muda lagi.. sekarang aku ingin ikut jejak ayah aku yang sangat rajin.. mak aku pun sama juga dan mak aku seorang yang sangat cerewet dengan kebersihan.. rumah kalau kitorang dah kemas dia kemas lagi..pastu dengarlah dia berleter hehehe... dalam pukul 6.30 ptg ayah aku balik perli aku sebab nape xcall hehe.. Tengok ayah leh kerja 3 hari straight..kalau muda2 dulu seminggu straight leh kerja.. aku sengih je huhu.. memang dalam hati salute la kat ayah aku... so the time is my now... Chaiyok!
Friday, December 14, 2012
Aku Ingin Mula Menulis
Aku suka membaca tapi jarang membeli buku, kalau aku meminati buku tersebut baru aku akan membelinya, aku lebih suka membaca mengenai informasi yang terbentang di Internet. Sekarang aku bekerja malam sahaja dimana sedari pukul 6 ptg hingga 2 pagi.. setiap hari dan waktu cutiku tidak menentu maksud aku bukannya cuti pada hujung minggu.. dekat setahun lebih aku bekerja, sekarang aku terpikir untuk mencari peluang yang lain namun bukanlah untuk aku berhenti dan bekerja ditempat lain, maksud aku membuat kerja tambahan yang boleh aku menjana ilmu pengetahuan dalam masa yang sama menampung keperluan hidup.
Walaupun sudah setahun lebih aku bekerja perasaan timbul perasaan bosan dari diri ini. Bukanlah apa mungkin suasana kerja dan perkara yang sama yang aku harungi setiap hari membuat cara berfikir ditahap mendatar, momentum berada pada tahap yang landai walaupun aku menjawat sebagai supervisor yang mungkin pada mulanya mencabar namun lama kelamaan pengetahuan menjadi terbatas, memang pada mulanya aku ingin belajar mengenai pengurusan dan sikap orang atasan dariku mengenai perkara yang aku rasa aku perlu belajar dari mereka, lama kelamaan bila aku sudah masak objektif dan perilaku mereka buat aku lebih faham. Kekangan berkenaan idea atau pendapat membuat aku kerja sekadar kerja dan hujung bulan gaji aku dibayar, kurangnya amalan demokrasi diguna pakai membuat pengetahuan terbatas dan authority yang diberikan pada tiap-tiap perkara adalah terhad dan tiada hak untuk membuat keputusan.
Oleh sebab itu aku membuat perkara yang sama tiap hari terasa otakku membeku. Sekarang aku mencari peluang kerja tambahan bagi merangsang fikiran aku.Perlukan pengetahuan mungkin dalam penjualan ...InsyaAllah.
Subscribe to:
Comments (Atom)