.....Terbangun dari tidur.. xdapat nak lelapkan mata.. tiba-tiba terasa nak menyelak lukisan dicelah rimbunan kertas2 yang tak tersusun.. terjumpalah satu tulisan dengan pensel hasil nukilan yang pernah aku buat beberapa bulan yang lepas.. nak je aku masukkan disini beserta dengan lukisan yang ada..tapi nak scan ish..takpelah niat aku nanti nak beli scanner sendiri..hehe.. waktu aku tulis nie.. masa start keje banyakla ujian berliku hanya aku je yang tahu...
Kezuhudan Di sebalik Helmet
Bulatmu tampak biasa..
orang mengenalimu tapi tak memandangmu..
nilai yang ada padamu amatlah tinggi..
memandu pelindung pada pencari rezeki..
kau tidak gah tapi berbakti..
menysusuri sorotan pekerja bawahan..
hujan dan panas alah biasa..
pengamin doa pada peminta..
gambaran pada kepayahan..
keringat kepayahan kau ketahui..
kerunsingan fikiran kau temani..
peneman pada pemohon yang bersyukur..
sebagai alas untuk menuju pada ketentuan dari yang hakiki..
kelusuhan gambaran keringatmu yang tabah..
pasti ada sirna..
sebagai saksi pada penyoal..kelak
Monday, February 14, 2011
Sunday, February 13, 2011
sesekali menjengah
.....Suasana malam yang membuat aku terasa sangat kosong.. banyak yang menyingkap di minda. hendak diikut hati hendak sahaja aku berlari jauh dan terus berlari.. cuba muhasabahkan diri ini.. hari tampak aku sangat lemah dan terasa jauh..oh! sesekali aku menjengah ibuku.. rupanya dia sedang bersolat.. tapi dalam keadaan duduk..maklumlah masalah yang dialami bagi usia sepertinya.. oh! terasa singkat hidup ini bila difikirkan.. namun banyak yang perlu aku lakukan.. diharap diberikan jalan dan tidak terus hanyut dilanda badai.. semoga ibuku dalam keadaan baik-baik sahaja.. hanya Allah yang mampu membalas jasanya..
Saturday, February 12, 2011
Bicara Rasa
...... Sekali berlaku kejadian tak tersangka termanggulah aku dalam diam.. salah faham yang bukan ku pinta tapi ia tetap akan terjadi selagi bernama manusia.. tiada salah atau benar bagi tiap langkah.. namun sebenarnya aku sedari bahawa tiap kejadian ada hikmahnya dan ia telah tertulis.. mungkin ini adalah ujian yang perlu aku tempuhi redhakanlah wahai jiwa yang tenang..
.....Tiada manusia yang sempurna selagi bernama makhluk sejak azali tiada kesempurnaan kecuali Dia Yang Maha Kuasa lagi Bijaksana.. termanggu aku sendirian memikirkan kejadian yang aku tahu ada pihak yang terluka.. namun aku tidaklah pernah menyalahkan sesiapa kerana aku mengerti bahawa aku tidaklah sesempurna mana.. aku bersyukur dapat mengenalinya dan terkadang terkilan aku rasakan aku tidak dapt menjalankan tanggungjawabku yang sebenar-benarnya.. kerana sifatnya akan menggambarkan siapakah aku..
....Pilu rasa hati aku dapat rasakan perubahan dalam hidupku.. apa yang berlaku adalah disebabkan oleh diriku sendiri..
sajak terbuku...
berjalan menyusuri pantai
gemersik angin membayu angin menderu
termanggu aku dalam kesedihan
jiwa resah berlalu tak menentu
tiada daya dan upaya selain berserah kepadaNya
bukan inginku bukan jua hasratku
kemungkinan atau esok belum pasti
pada kalamNya sudah tertulis
menyusuri suratan takdir
melewati hari demi hari
bayangan kemungkinan belum pasti
tiap berlaku belum dimengerti
namun kematian itu pasti akan terjadi
menjadi rahsia yang tidak diketahui
memberi peluang menyendiri mengenang aib sendiri
erti lemah dan tidak berdaya..hanyalah manusia hamba sahaya..
nukilan senja..
.....Tiada manusia yang sempurna selagi bernama makhluk sejak azali tiada kesempurnaan kecuali Dia Yang Maha Kuasa lagi Bijaksana.. termanggu aku sendirian memikirkan kejadian yang aku tahu ada pihak yang terluka.. namun aku tidaklah pernah menyalahkan sesiapa kerana aku mengerti bahawa aku tidaklah sesempurna mana.. aku bersyukur dapat mengenalinya dan terkadang terkilan aku rasakan aku tidak dapt menjalankan tanggungjawabku yang sebenar-benarnya.. kerana sifatnya akan menggambarkan siapakah aku..
....Pilu rasa hati aku dapat rasakan perubahan dalam hidupku.. apa yang berlaku adalah disebabkan oleh diriku sendiri..
sajak terbuku...
berjalan menyusuri pantai
gemersik angin membayu angin menderu
termanggu aku dalam kesedihan
jiwa resah berlalu tak menentu
tiada daya dan upaya selain berserah kepadaNya
bukan inginku bukan jua hasratku
kemungkinan atau esok belum pasti
pada kalamNya sudah tertulis
menyusuri suratan takdir
melewati hari demi hari
bayangan kemungkinan belum pasti
tiap berlaku belum dimengerti
namun kematian itu pasti akan terjadi
menjadi rahsia yang tidak diketahui
memberi peluang menyendiri mengenang aib sendiri
erti lemah dan tidak berdaya..hanyalah manusia hamba sahaya..
nukilan senja..
Friday, February 11, 2011
mengenal sebuah perhubungan
...tidak ku sangka dalam perkenalan 5 tahun dengan jiwa yang penuh tawakal dengan nekad yang ada termeterailah sebuah risikan dari pihak keluargaku.. dengan doa yang tak pernah putus akhirnya satu tapak telah selesai bagi meneruskan kesinambungan dalam sebuah perhubungan.. suasana yang harmoni tanpa ada sebarang aral menambah kesyukuranku... tiadalah daya mengelak segala sesuatu perkara yang berlaku..namun ketentuanNya juga buat ia berjalan lancar.. arakian dengan hati yang tenang berpakaian serba putih cekal kan hati nekad kan diri..berbekal kan niat yang suci.. ku gagahkan sebagai seorang lelaki hadir dalam sebuah majlis yang sederhana namun sangat mendatangkan kesan yakni merisik.. setibanya di sana seperti yang dijangkakan kami di sambut dalam keaadaan yang sangat mendamaikan dan baik.. sambutan salam dihulur dengan senyuman yang jelas terpancar kegembiraan pada kedua pihak aku dan dia.. apabila masuk diruangan perbincangan.maka berceritalah keluarga dua belah pihak berkenaan isu terkini dan pelbagai topik sebelum menjurus kepada niat kedatangan.. maklumlah bagi menambahkan kemeriahan dengan hilai tawa kanak.. dan diselang selikan dengan gelak tawa orang dewasa berjenaka.. dia berpakaian serba hijau menambahkan seri tampak dari riak wajah yang penuh redha.. bermulalah perbincangan..Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar kedua2 pihak telah bersetuju.. berkenaan dengan tarikh pertunangan.. suasana masih dalam keadaan yang sangat harmoni.. dengan perlahan dia dipanggil bagi ibuku menyarungkan sebentuk cincin...... Cincin disusurkan terus ke jari manis si dia oleh ibuku beriringan dengan tetamu yang memandang dengan senyuman.. dia tersipu malu.. selesai upacara menyarungkan cincin suasana masih dalam keadaan yang sedikit riuh tetapi damai.. dengan hidangan yang tersedia.. tidak disangka aku diminta untuk membacakan doa makan dan keselamatan serta kesyukuran bagi majlis yang berlangsung.. dengan jiwa yang tenang aku menadahkan tangan dengan membaca baris2 ayat doa dengan tawajuh..sambil diaminkan bagi mereka yang mendengar.. berjamulah sekeluarga dengan keadaan bertanyakan kabar diselitkan dengan pelbagai cerita sambil menjamu selera.. ketika berada di penghujung majlis pihak aku telah memberikan sedikit buah tangan.. begitu juga pihak si dia membalasnya dengan hati terbuka.. syukur pada Allah.. semuanya berjalan lancar..amin..
Thursday, February 10, 2011
Ratapan
...Perjalanan yang berliku biasa hadir bagi setiap yang bernama manusia..begitu juga la aku nie.. hati yang ingin terasa ketenangan namun masih belum tercapai.. faktor kerja banyak menggusarkan aku.. benar apa yang dikatakan orang mendengar tak sama sebagaimana kalau kita merasai sendiri.. diriku ini macam tiada roh hilangnya keikhlasan dalam bekerja.. aku cuba tapi aku manusia biasa dan perlu berlaku jujur jika perkara yang tidak menyenangkan hatiku.. pergi ke tempat kerja tiap pagi umpama bersiap pergi kepada kepedihan yang nyata akan aku lalui.. keseronokan jauh sekali.. membuat pekerjaan dalam ketakutan..kerana tiap kesilapan akn mengundang herdikan..oh!..terasa umpama zaman firaun memerintahkan hambanya.. manusia memang tak lari dari kesilapan namun bagi manusia seperti madam.. tiada istilah tersebut yang ada jika salah perlu dimarah dan yang betul hanyalah dia sahaja..
....Teringat daku selepas tiga hari bertugas.. sudah dimarahi kerana kesilapan yang sepatutnya tidak patut kerana aku baru sahaja bekerja namun aku sabarkan diri.. sampai satu tahap aku umpama mayat hidup yang bergerak..tanpa ada hati dan perasaan.. hanya tuntutan fizikal tapi bukan rohani.. hatiku betul di tempat lain..
....Teringat daku selepas tiga hari bertugas.. sudah dimarahi kerana kesilapan yang sepatutnya tidak patut kerana aku baru sahaja bekerja namun aku sabarkan diri.. sampai satu tahap aku umpama mayat hidup yang bergerak..tanpa ada hati dan perasaan.. hanya tuntutan fizikal tapi bukan rohani.. hatiku betul di tempat lain..
Saturday, February 5, 2011
Luahan Rasa
![]() |
| Biasa dan berliku |
.....Apa yang harus ku jawab apabila mereka berkata.."kenapa ko wat camnie".. kadang aku akui nasihat yang mereka beri serta amaran memang ada baiknya.. cuma apabila keadaan dan kekuatan diri sendiri yang tak berdaya..terpaksa membuat perkara yang aku boleh lalui.. dan apabila gagal dalam jalan yang aku lalui..masyarakat di luar akan mengatakan"itulah engkau xnak ikut cakap aku"..takpun akan cakap seperti "ko tengok aku boleh je..".. aku tiada daya dan jawapan untuk itu.. cuma jauh dilubuk atiku yang dalam sering berkata "wahai Allah tunjukkan lah jalan..tunjukkan jalan..".. terkadang membuat aku terasa keseorangan yang sangat2.. yang ada ialah harapan pada yang menciptakan aku dan jalan2 yang bakal aku lalui..
.....Tapi bila difikirkan dekat kuburpun sorang je kan.. biarlah apa berlaku.. hanya aku sendiri.. pasti sendiri suatu hari nanti..
Subscribe to:
Comments (Atom)









