Friday, July 29, 2011

memupuk keyakinan

...ntah aku masih memikir sesuatu tapi aku xnak jadi penakut..entah cuma nak lebih berani..dan banyak belajar xnak lari dari medan perang...  yo.. ntah aku nak relexkan kpala otak...masih di bayangi kisah lama..aku tau aku leh lakukan.. argh malas pk.. aku nak belajar semuanya... haha... sekali lagi no matter what i must do.. is the best i got.. i dont want think bout bad experienced.. i want to learn .and i want to start a new life.. i hve..

Friday, July 22, 2011

dimana

.... dalam keriangan aku selalu memikirkan ketika kesusahan..kadang2 terbawak2 pemikiran takut dengan kegagalan dan keupayaan yang mungkin aku xdapat lakukan.. terasa amat memeritkan terasa kehidupan yang sederhana.. ya Allah berilah aku hidayahMu... dalam menjalani kehidupan yang selalu ke arah supaya lalai terhadapMu... bantulah aku dikala aku senang dan susah.. bila senang pasti aku melakukan perkara yang bertentangan dengan jalanMu.. manakala bila aku susah aku sentiasa mencariMu ya Allah Engkaulah yang Maha Penolong.. bantu

Wednesday, July 20, 2011

menilai

.... perasaan tidak terdaya menyelubungi gusar.. umpama tidak boleh berbuat apa2.. seumpama mayat hidup tiada kekuatan untuk berbuat sesuatu.. itulah yang kurasakan tersangat letih.. tiada kekuatan.. menunggu takdir yang akan menentukan.. saja bukak website menceritakan kisah masalah yang dihadapi oleh insan2 lain buat aku belajar dan bermuhasabahkan diriku yang jauh dariNya.. bantulah ya Allah

Sunday, July 17, 2011

mencari

....terasa sangat tertekan hanya Allah sahaja yang tahu.. perasaan yang aku tak boleh nak ceritakan apa yang aku tahu hanya Allah yang Mengetahui segala-galanya.. terasa sangat tertekan tiada sape yang ku ingat hanya Engkau ya Allah bantulah hambaMu ini... sesungguhnya Engkau jadikan dunia untuk menguji manusia.. aku tiada siapa2 ya Allah aku hanya ada Engkau.. Engkaulah peneman dikala resah ..Engkaulah yang memahami ku.. dikala manusia mencercaku.. bantu hambaMu... tiada upaya aku.. hanya Engkau...Ya Allah SWT.

Saturday, July 16, 2011

berkat

... aku ingin mengenali apa itu berkat... biar sikit tapi berkat.. bagaimanakah ia aku teringat kata2 seorang ustaz iaitu apabila pekerjaan itu tidak melalaikan dari kita dekat padanya itulah dinamakan keberkatan.. celaru hidupku kesyukuran tiada dalam hidupku.. memang pada permulaan aku bersyukur namun apabila diuji dengan peluang perasaan tamak wujud dan kita sangka dengan pemilihan yang berdasarkan hawa nafsu akhirnya menjerat diri kita... ya Allah bantulah hambamu ini...

Sunday, July 10, 2011

selepas asar

.....hari masih cerah selepas hujan namun hati ini masih terpana dengan apa yang terjadi pada diriku.. masih ingin bertaubat dengan perihal yang terjadi.. fikiran masih berat dengan apa yang perlu diikhtiar pada esok hari.. hanya Allah yang Maha mengetahui...terasa berat difikiran masih belum menenangkan jiwa sanubari.. aku redha mungkin ini adalah hikmahnya... Ya Allah bantu hambamu ini.. terasa sangat berat dikotak pemikiran dan jiwa..
....masa berjalan... Mak Cik ku terlantar tenat.. cuma aku dapat mengagak umpama masa telah tiba seolah2 Tuhan Yang Maha Esa menjemputnya.. namun ajal maut di tangan Nya.. doa yang mampu diberi.. sepanjang hidup ini sentiasa mendengar ada sahaja orang yang pergi.. kadang2 bukan berdasarkan faktor umur yang memungkinkan..bahkan umur lebih muda dariku pun ada.. sahabat aku pun turut pergi kerana terbabit dalam kemalangan... yang sakit pun begitu... banyak misteri dalam alam ini yang tak dapat di singkap dengan mata kasar semata2.. kadang perlu direnung dengan mata hati yang dalam dan bersih dalam menilai baik dan buruk.. hati yang taubat akan meredhakan manakala hati nista sentiasa mendustakan setiap yang terjadi adalah qada dan qadar darinya... Ya Allah bagaimana perjalanan hambamu yang banyak berbuat dosa ini.. bantulah Ya Allah....

Saturday, July 9, 2011

secangkir

.....Sentiasa ada riyak diwajahku perasaan yang tidak mengenal wajah kesyukuran.. seringkali kejayaan seseorang aku comparekan dengan usaha yang dilakukan.. walhal setiap sesuatu telah ditentukan oleh Allah SWT.. setiap apa yang diperbuat di dunia ku fikir hanya dibalas diakhirat..namun sebenarnya di dunia kita tidak terkecuali.. Maha Besarnya Allah SWT yang menciptakan sesuatu yang manusia tidak dapat mengetahui.. dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya... disebalik kesenangan Allah boleh menimbulkan keresahan.. disebalik kesulitan Allah boleh memberi ketenteraman.. ini adalah kudratnya dan tiada manusia yang mampu.. disebalik apa yang terjadi pada diriku..bila diberi pendapatan yang agak lumayan namun bila Allah datangkan musibah..makanan yang dihidangkan umpama tiada makna .selera kurang hati resah dan gelisah.. walaupun hari2 aku cuba membina semangat sendiri... aku dapat rasakan satu perasaan dimana ia dapat mematahkan hatiku.. aku mencari sebab2 duniawi yang logik bagi menyelesaikan masalah ini. namun buntu dan pasrah.. akhirnya aku jatuh.. dari kejatuhan itu aku memikirkan berkenaan perihal diri sendiri.. mungkin ini adalah disebabkan dosa2 ku.. yang sentiasa mengecilkan dan menyusahkan orang2 disekelilingku.. walaupun kita rasa ianya tiada apa2 takut perkara sebegitulah yang boleh membawa kemurkaan Allah dan menjadi penyebab ke neraka.. di dunia juga Allah telah memberi hukuman apa lagi di akhirat... aku sentiasa muhasabahkan diriku sendiri.. aku redha ini adalah pembalasan dari dosa2ku.. sesungguhnya Engkaulah tempat aku bergantung.. mengenal kelemahan aku sendiri..
.....aku tak mampu menjawap soalan dari masyarakat mengenai sesuatu yang xmampu aku lakukan.. sedangkan aku sedar kelemahan yang ada pada diriku.. dimana harus ku tuju

taubat

....Hari ini hari ahad lepas solat subuh aku tidur hampir tengah hari.. buka mata perasaan yang aku ada hanya nak bertaubat atas segala yang aku lakukan sebelum ini.. hatiku tidak tahu ingin berbuat apa.. masih mencari arah yang masih tak menentu.. ya Allah Engkau telah menetapkan atas tiap sesuatu ampunkan daku Ya Allah.. bantulah hambamu ini..

Thursday, July 7, 2011

4 pagi

...entah mengapa aku tak dapat melelapkan mata.. memang tak dinafikan aku banyak berfikir mengenangkan liku-liku yang ku lalui sepanjang hidup ini.. pelbagai masalah yang melanda.. bila difikirkan kembali berpunca dari kehilafan diri sendiri.. aku terasa amat bersalah pada semua manusia yang telah aku susahkan... aku redha atas ketentuan ini.. pengajaran bagiku...

Dengan Nama Allah

....Dengan izinNya setiap perkara terjadi dengan KudratNya juga ia terjadi... melewati musibah yang berlaku..membuat aku sentiasa termenung bukan sejenak tetapi dalam jangka masa yang panjang mengenai perihal diri yang hina.. manusia sentiasa mengatakan apabila dia boleh melakukan sesuatu pasti orang lain boleh berbuat perkara yang sama..
....Aku sangat pelik terhadap diriku ini.. mungkin jikalau aku ditempat mereka dan memberi pendapatku mengenai diriku sendiri pasti pendapatku sama seperti mereka.. aku sangat lemah aku cuba untuk menjadi kuat hari2 aku memberi semangat kepada diriku.. namun apabila diuji aku gagal melaksanakannya.. aku xtau mengapa?.. telah lama aku memikirkan perkara ini.. namun aku masih tidak berjumpa dengan jawapan.. cuma apa yang aku boleh perbuat adalah dengan meredhakan.. aku xmampu berbuat apa2.. namun orang lain boleh melakukannya tapi aku tidak.. mungkin aku adalah manusia istimewa(OKU) dan perlu mencari sesuatu yang pada tahap yang mampu aku lakukan.. aku redha.. mungkin inilah ujian yang perlu aku tempuhi.. aku redha ya Allah.. ujian yang Engkau beri masih tidak setimpal dengan dosa yang aku lakukan... aku banyak berbuat dosa denganMu ..saudaraku dan rang diluar sana.. ramai sudah teraniaya keranaku.. mungkin inilah akibatnya.. ingin saja aku meminta maaf pada mereka.. kerna menyusahkan dalam pelbagai perkara.. banyak perkara yang tidak jujur aku lakukan.. walupun nampak kecil mungkin kerana perkara kecil itulah yang membuat ramai yang terluka... ya Allah aku benar2 ingin bertaubat... berilah aku hidayah istiqamahkanlah diriku.. tunjukkan ku jalan keredhaanMu... aku benar2 ingin benar hampir DenganMu...

Tuesday, July 5, 2011

sesuatu perkara

...amat runsing itu yang berada dalam jiwa dan sanubariku yang dalam.. masih ingin mengenal dunia..masih bertatih.. aku adalah insan istimewa yang tak sama dengan orang lain sungguh.. kerana banyak perkara yang xdapat aku lakuka sepertimana manusia biasa dapat lakukan.. namun aku masih bernafas dan perlu berikhtiar utk meneruskan kehidupan ini.. sentiasa muhasabah diri..dan diri ini sentiasa berfikir kenapa perkara sekian2 berlaku..kenapa diri ini tidak seperti sekian2.. kenapa orang lain bleh melakukan kenapa aku tidak.. tak sentiasa berfikir hingga aku keltihan..namun aku masih tidak mengerti.. klu boleh ingin saja aku paksakan diriku namun tidak terdaya sungguh memang tiada daya.. otakku sangat letih seletih2nya.. kadang 2 aku menyalahkan keadaan dan seseorang..namun aku mengerti ini adalah qada dan kadar .. aku sangat letih aku xdapat menyelesaikan.. aku rasa berdebar terasa takut ingin menjalani kehidupan seharian.. terasa bingung sentiasa.. Ya Allah hanya Engkau yang dapat membantuku... aku tak terdaya hendak perbuat apa2.. memang hambamu ini lemah...
.... bantulah

Sunday, July 3, 2011

malam ini

....bila bercakap pasal hati aku ingat aku boleh melawan dengan cuba menyembunyikan segala kelemahan.. membina keyakinan.. namun bila aku diuji baru ku tahui bahwa aku cukup lemah.. satu perasaan yang xtau aku gambarkan umpama dicipta oleh Allah suatu makhluk yang boleh membuatku lemah.. bila merenung nasib bersendirian ..aku teringat al kisah raja namrud yang di jahanamkan hanya seekor lalat..
...begitulah aku hari2 aku cuba membina keyakinan yang sentiasa runtuh memberbaiki diri sendiri.. namun bila menghadapinya terasa perasaan yang berlainan dan ia membuat aku lemah selemah2nya.. bukan aku xbiasa dengar kata2 semangat dari orang sekeliling.. aku cuba tapi sejujurnya memang aku tidak mampu.. bagaikan ada tahap yang menghadkan aku.. umpama seorang yang cacat kakinya disuruh berjalan..  aku tau aku akan dicerca dengan keputusan yang bukan sengaja dibuat.. walhal keluarga ku sendiri pasti akan mempertikaikan keputusanku.. namun demi Allah yang Maha Kuasa..jujur aku memang xmampu untuk melakukanya.. aku sentiasa bertanya kepada diriku kenapa orang lain boleh tapi aku tidak.. kalau aku teruskan juge aku umpama membinasakan diri sendiri.. adakah ini rezeki atau qada dan qadar.. aku tau orang diluar sana xkan dapat mengerti menegnai apa yang terjadi.. namun itulah hakikatnya.. aku akui aku adalah berlainan dan tak sama dengan orang lain sangat berbeza.. aku akui.. xsama..
.....aku sememangnya lemah.. aku akui kalau penceramah motivasi dengar luahan hatiku mesti xkan setuju..namun begitulah hakikatnya.. dan aku xmenyalahkan sesiapa yang akn menuding jari terhadapku..kawan..sahabat dan keluarga.. mungkin klu aku ditempat mereka aku akan buat perkara yang sama.. secara jujur aku tidak mampu.. mungkin memang tahap aku adalah begini.. aku sentiasa mempunyai rancangan namun sejujurnya aku memang xmampu utk melaksanakanya.. aku memang mengaku kelemahan yang sememangnya wujud pada diriku yang cuba aku sembunyikan.. xsemua apa yang kita rasa baik utk kita..kadang yang kita rasa xbaik tulah yang baik untuk kita... aku xleh pk lagi.... esok perkara yang lain akan mencorakkan aku.. Ya Allah hambu redha atas segalanya.. mungkin ini adalah ujian yang hendak Engaku berikan..Ya Allah berilah pertunjuk dan hidayahmu.. sesungguhnya keberkatan adalah yang utama... bantulah hambamu ini... aku tiada sesiapa yang dapat membantuku.. hanyalah Engkau

Friday, July 1, 2011

aku yang resah

...satu lagi pengalaman pahit yang ku lalui ..aku terasa sangat keseorangan aku berdoa smoga tuhan ambil nyawaku..kerana keperitan yang teramat yang xdapat ku lalui..aku terpikir memang beginikah sifat yang telah Allah berikan kepadaku.. bukan aku xnak bertahan namun memang aku tak dapat..aku sentiasa tanya pada diriku sendiri kenapa aku tidak dapat.. sejujurnya memang tahap aku sampai disini saja.. kadang berapa kali aku rasa cam nak bunuh diri.. paling koman pun nak jadi gila.. aku rasa sangat perit bila aku leh hidup dengan aman..yang sangat aman..hidup yang tak menentu.. aku bersyukur ya Allah namun memang tahap aku tidak mampu..wahai Allah berikanlah kesabaran kepadaku bukankah Engkau menguji mengikut kemampuan hambamu.. aku terasa amat perit.. aku rasa umpama aku tak layak hidup di alam ini.. kerana aku kekuatan ku memang xlayak menghadapi semua ini... perkara yang mengembirakan dalam hidupku umpama xpernah wujud lagi... semakin tertekan aku dah xmampu lagi.. aku xtau sampai bila boleh bertahan... aku ingat nak pergi jauh dari alam fana ini...