![]() |
| jangan percaya..pada..kata-kata |
Dengan memakai helmet yang agak lama gagahkan diri..panaskan enjin moto.. kadang tersempak ngan jiran yang nak g keje gak.. bagi salam je.. seterusnya berlalulah aku dengan moto lagenda warna hijau dengan derasnya.. perjalanan pagi dengan embun pagi wat terasa sejuk je.. tapi biasala sweater pakai ar.. berlalu mengikut laluam mrr2 menuju terus.. dalam perjalanan aku pasti melewati kawasan kubur cina disebelah kiri ku.. sambil terdetik di dalam hatiku.. aku pasti akn mati jua.. terasa insaf plak.. dalam meneruskan perjalanan angin yang masuk dari celah helmet membuat suasana perjalanan di pagi itu amat mendinginkan.. pokok yang menghijau sepoi bergerak ditiup angin..aku amat suka pada keadaan itu kerana ku tahu dedauanan sedang mengalunkan zikir dalam bahasa yangg tersendiri..oh.. perjalanan diteruskan melewati jalan yang agak sesak berhadapan susur keluar ke pandan.. perjalanan terus.. menuju kejalan gombak ke tempat kerja ku.. biasanya aku akan sampai awal tapi xterus masuk ofis.. sekadar bersidai di koridor tingkat dua..melihat suasana dari situ.. berkenaan ragam manusia..

No comments:
Post a Comment