Saturday, April 16, 2011

hari ini

.....Malam semalam aku ada menonton wayang cite omputih  tajuk dia "Limitless".. lebih kurang menceritakan seorang yang meminati penulisan namun buntu mencari idea.. hingga terumbang-ambing hidupnya apabila melihat semua sahabat serta bekas teman perempuanya yang boleh dikatakan berjaya... sehingga terserempak dengan teman sewaktu dikolej dahulu telah mengubah segala-galanya..bermula dengan pemberian sejenis dadah yang dinamakan NVT.. dimana dadah tersebut dapat merangsang pemikiran manusia berfikiran lebih bijak dan teratur..
....Aku kadang macam tue jugak ..ingin rasa aku menulis setiap perkara yang aku inginkan..cuma apa yang membataskan bila sahaja aku ingin menaip maka hilang terus idea.. walaupun ketika melewati kehidupan seharian.. kadang aku meluahkan perasaan hatta menaiki motor ke tempat kerja..dalam perjalanan aku dapat merasai dedaunan atau pokok hijau umpama berbicara denganku dalam mengahrungi cabaran hidup waktu ketika itu... bila pokok tepian jalan beralun disebabkan oleh angin yang meniup... aku sangat suka pemandangan yang sedemikian.. kadang sambil aku memejamkan mata menghayati keindahan itu.. sambil membayangkan aku duduk di atas dedaunan pkok tersebut sambil memerhatikan dari atas.. melupakan segala masalah yang sedang dan bakal aku lalui.. dalam aku memejamkan mata aku tidak peduli risiko yang aku lalui kerana waktu itu aku sedang menunggang motorsikal.. hanya untuk seketika.. aku akan membuka mata kembali umpama roh ku kembali semula kejasadku.. dan meneruskan realiti sebenar kehidupan... selagi hidup masalah akan sentiasa wujud... kita xboleh lari dari masalah.. ap yang boleh aku lakukan adalah pasrah dan ia kan berlalu.. cuma aku masih tiada penyelesaian.. kerana kewujudan diriku di takat ini masih tidak menyenangkan.. bukan senag dari perspektif kemewahan tapi hati.. tapi dari sini ku tahu realiti kehidupan.. dulu aku tidak mengerti maklumlah zaman kanak-kanak hingga remaja..apa yang kita ketahui adalah keseronokan dan tiada kehidupan yang tidak baik..semua dalam keadaan yang baik selagi kita xmelakukan keburukan pada orang.. tapi dalam dunia yang sebenar walau kita tak melakukan keburukan pada orang..pasti ada makhluk manusia akan wujud dan membuat perkara yang tak baik pada kita..asebab kedengkian dan sebagainya.. hidup dilautan manusia.. pelbagai masalah yang aku fahami dan kadang2 aku sendiri xmengerti..bukan apa keadaan sebegini membuat aku lebih agrresif dan mudah marah kerana tidak dapat mengawal emosi... dulu aku seorang yang agak penyantun suka bersangka baik..namun kini hilang apabila ada sekian manusia yang suka bersangka buruk dan penuh dengan kedengkian.. menyebabkan aku terpaksa menjawab.. dari situlah aku kadang terfikir masih adakah kebaikan di dunia ini.. aku dapat merasa bahawa dunia ini sudah hilang nilai-nilai kebaikanya..
.....Sebelum aku bekerja dibidang pejabat ini.. aku bekerja dalam bidang pekerjaan am..maksudnya kerja yang banyak bergerak dan banyak menggunakan kudrat.. alhamdulillah aku dapat bekerja dengan baik..waktu itu aku terfikir juga ingin mendapat pekerjaan yang hanya duduk dipejabat menghadap pc..seperti kerani misalan.. ialah apa gunanya diploma aku bila difikirkan.. kadang sambil melayan pelanggan aku yang berpakaian kemas dengan baju bergosok kadang kala siap ada yang bertali leher.. fikirku pada ketika itu pekerjaan mereka mesti lebih mudah dan menyoronokkan..xperlu berhempas pulas keringat sepertiku.. namun sekarang aku berfikran sebaliknya.. duduk diofis selama 8 jam seperti neraka bagiku..kerana dalam kotak pejabat inilah manusia suka bersengketa.. bagi menegakkan hujah masing.. dan percakapan adalah perlu bagi mengelakkan kesalahan jatuh kepada kita..nak mengekalkan reputasi.. perlu menjatuhkan yang lain agar menampakkan kita seorang yang berdaya maju.. walaupun hanya pandai bercakap..baru ku faham ini dinamakan politik kerja.. walhal kerja yang senang pun boleh jadi terasa berat untuk dilakukan..keran baru ku tahu kerja ofis nie.. yang

No comments:

Post a Comment