Friday, December 14, 2012

Aku Ingin Mula Menulis

Aku suka membaca tapi jarang membeli buku, kalau aku meminati buku tersebut baru aku akan membelinya, aku lebih suka membaca mengenai informasi yang terbentang di Internet. Sekarang aku bekerja malam sahaja dimana sedari pukul 6 ptg hingga 2 pagi.. setiap hari dan waktu cutiku tidak menentu maksud aku bukannya cuti pada hujung minggu.. dekat setahun lebih aku bekerja, sekarang aku terpikir untuk mencari peluang yang lain namun bukanlah untuk aku berhenti dan bekerja ditempat lain, maksud aku membuat kerja tambahan yang boleh aku menjana ilmu pengetahuan dalam masa yang sama menampung keperluan hidup.

Walaupun sudah setahun lebih aku bekerja perasaan timbul perasaan bosan dari diri ini. Bukanlah apa mungkin suasana kerja dan perkara yang sama yang aku harungi setiap hari membuat cara berfikir  ditahap mendatar, momentum berada pada tahap yang landai walaupun aku menjawat sebagai supervisor yang mungkin pada mulanya mencabar namun lama kelamaan pengetahuan menjadi terbatas, memang pada mulanya aku ingin belajar mengenai pengurusan dan sikap orang atasan dariku mengenai perkara yang aku rasa aku perlu belajar dari mereka, lama kelamaan bila aku sudah masak objektif dan perilaku mereka buat aku lebih faham. Kekangan berkenaan idea atau pendapat membuat aku kerja sekadar kerja dan hujung bulan gaji aku dibayar, kurangnya amalan demokrasi diguna pakai membuat pengetahuan terbatas dan authority yang diberikan pada tiap-tiap perkara adalah terhad dan tiada hak untuk membuat keputusan. 

Oleh sebab itu aku membuat perkara yang sama tiap hari terasa otakku membeku. Sekarang aku mencari peluang kerja tambahan bagi merangsang fikiran aku.Perlukan pengetahuan mungkin dalam penjualan ...InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment