Kelmarin aku cuba mencari peluang di mudah.my berkenaan kerja tambahan yang aku ingin lakukan, disitu aku berminat berkenaan dengan hartanah maka aku pun cuba mohon, tanpa di sangka selepas aku balik dari kerja terdetik hati nak semak email aku, tidak sangka ada balasan dari pentadbiran syarikat tersebut iaitu aku perlu hadir untuk sesi interview pada sabtu ini. walaubagaimanapun aku diminta membalas pesanan sekiranya aku betul hendak hadir, aku pun balas berkenaan mengesahkan kehadiranku tidak sampai beberapa saat pihak syarikat membalasnya, esok hari jumaat awal pagi aku harus cari tempat tersebut agar pada sabtu aku tidak kelam kabut mencari jalan hendak ke sana nanti.
Ingin aku kongsikan disini kenapa aku memilih untuk menjadi ejen hartanah pertama kerana aku memerlukan ilmu berkenaan kedua ini adalah platform untuk aku berjinak2 dalam dunia perniagaan ketiga sifat aku yang tidak suka ambil risiko , tapi inilah risiko yang aku ambil keempat aku ingin belajar tawakal kelima 9 daripada 10 sumber rezeki adalah perniagaan... sudah tiba masanya.. Ya Allah ajarilah aku dan tunjukkan jalan...
aku tertarik dengan iklan kerja yang ditawarkan ialah kerana disitu sijil tidak diperlukan.... disitu aku tahu dimana harus aku mulakan, dan menilai siapa diri ini... InsyaAllah dan selamat pagi....
No comments:
Post a Comment