Thursday, February 10, 2011

Ratapan

...Perjalanan yang berliku biasa hadir bagi setiap yang bernama manusia..begitu juga la aku nie.. hati yang ingin terasa ketenangan namun masih belum tercapai.. faktor kerja banyak menggusarkan aku.. benar apa yang dikatakan orang mendengar tak sama sebagaimana kalau kita merasai sendiri.. diriku ini macam tiada roh hilangnya keikhlasan dalam bekerja.. aku cuba tapi aku manusia biasa dan perlu berlaku jujur jika perkara yang tidak menyenangkan hatiku.. pergi ke tempat kerja tiap pagi umpama bersiap pergi kepada kepedihan yang nyata akan aku lalui.. keseronokan jauh sekali.. membuat pekerjaan dalam ketakutan..kerana tiap kesilapan akn mengundang herdikan..oh!..terasa umpama zaman firaun memerintahkan hambanya.. manusia memang tak lari dari kesilapan namun bagi manusia seperti madam.. tiada istilah tersebut yang ada jika salah perlu dimarah dan yang betul hanyalah dia sahaja..
....Teringat daku selepas tiga hari bertugas.. sudah dimarahi kerana kesilapan yang sepatutnya tidak patut kerana aku baru sahaja bekerja namun aku sabarkan diri.. sampai satu tahap aku umpama mayat hidup yang bergerak..tanpa ada hati dan perasaan.. hanya tuntutan fizikal tapi bukan rohani.. hatiku betul di tempat lain..

No comments:

Post a Comment