Saturday, February 12, 2011

Bicara Rasa

...... Sekali berlaku kejadian tak tersangka termanggulah aku dalam diam.. salah faham yang bukan ku pinta tapi ia tetap akan terjadi selagi bernama manusia.. tiada salah atau benar bagi tiap langkah.. namun sebenarnya aku sedari bahawa tiap kejadian ada hikmahnya dan ia telah tertulis.. mungkin ini adalah ujian yang perlu aku tempuhi redhakanlah wahai jiwa yang tenang..
.....Tiada manusia yang sempurna selagi bernama makhluk sejak azali tiada kesempurnaan kecuali Dia Yang Maha Kuasa lagi Bijaksana.. termanggu aku sendirian memikirkan kejadian yang aku tahu ada pihak yang terluka.. namun aku tidaklah pernah menyalahkan sesiapa kerana aku mengerti bahawa aku tidaklah sesempurna mana.. aku bersyukur dapat mengenalinya dan terkadang terkilan aku rasakan aku tidak dapt menjalankan tanggungjawabku yang sebenar-benarnya.. kerana sifatnya akan menggambarkan siapakah aku..
....Pilu rasa hati aku dapat rasakan perubahan dalam hidupku.. apa yang berlaku adalah disebabkan oleh diriku sendiri..



sajak terbuku...

berjalan menyusuri pantai
gemersik angin membayu angin menderu
termanggu aku dalam kesedihan
jiwa resah berlalu tak menentu
tiada daya dan upaya selain berserah kepadaNya
bukan inginku bukan jua hasratku

kemungkinan atau esok belum pasti
pada kalamNya sudah tertulis
menyusuri suratan takdir
melewati hari demi hari
 bayangan kemungkinan belum pasti
 tiap berlaku belum dimengerti 
namun kematian itu pasti akan terjadi
menjadi rahsia yang tidak diketahui
 memberi peluang menyendiri mengenang aib sendiri
 erti lemah dan tidak berdaya..hanyalah manusia hamba sahaya..

nukilan senja..

No comments:

Post a Comment