Sunday, July 10, 2011

selepas asar

.....hari masih cerah selepas hujan namun hati ini masih terpana dengan apa yang terjadi pada diriku.. masih ingin bertaubat dengan perihal yang terjadi.. fikiran masih berat dengan apa yang perlu diikhtiar pada esok hari.. hanya Allah yang Maha mengetahui...terasa berat difikiran masih belum menenangkan jiwa sanubari.. aku redha mungkin ini adalah hikmahnya... Ya Allah bantu hambamu ini.. terasa sangat berat dikotak pemikiran dan jiwa..
....masa berjalan... Mak Cik ku terlantar tenat.. cuma aku dapat mengagak umpama masa telah tiba seolah2 Tuhan Yang Maha Esa menjemputnya.. namun ajal maut di tangan Nya.. doa yang mampu diberi.. sepanjang hidup ini sentiasa mendengar ada sahaja orang yang pergi.. kadang2 bukan berdasarkan faktor umur yang memungkinkan..bahkan umur lebih muda dariku pun ada.. sahabat aku pun turut pergi kerana terbabit dalam kemalangan... yang sakit pun begitu... banyak misteri dalam alam ini yang tak dapat di singkap dengan mata kasar semata2.. kadang perlu direnung dengan mata hati yang dalam dan bersih dalam menilai baik dan buruk.. hati yang taubat akan meredhakan manakala hati nista sentiasa mendustakan setiap yang terjadi adalah qada dan qadar darinya... Ya Allah bagaimana perjalanan hambamu yang banyak berbuat dosa ini.. bantulah Ya Allah....

No comments:

Post a Comment