Thursday, July 7, 2011

Dengan Nama Allah

....Dengan izinNya setiap perkara terjadi dengan KudratNya juga ia terjadi... melewati musibah yang berlaku..membuat aku sentiasa termenung bukan sejenak tetapi dalam jangka masa yang panjang mengenai perihal diri yang hina.. manusia sentiasa mengatakan apabila dia boleh melakukan sesuatu pasti orang lain boleh berbuat perkara yang sama..
....Aku sangat pelik terhadap diriku ini.. mungkin jikalau aku ditempat mereka dan memberi pendapatku mengenai diriku sendiri pasti pendapatku sama seperti mereka.. aku sangat lemah aku cuba untuk menjadi kuat hari2 aku memberi semangat kepada diriku.. namun apabila diuji aku gagal melaksanakannya.. aku xtau mengapa?.. telah lama aku memikirkan perkara ini.. namun aku masih tidak berjumpa dengan jawapan.. cuma apa yang aku boleh perbuat adalah dengan meredhakan.. aku xmampu berbuat apa2.. namun orang lain boleh melakukannya tapi aku tidak.. mungkin aku adalah manusia istimewa(OKU) dan perlu mencari sesuatu yang pada tahap yang mampu aku lakukan.. aku redha.. mungkin inilah ujian yang perlu aku tempuhi.. aku redha ya Allah.. ujian yang Engkau beri masih tidak setimpal dengan dosa yang aku lakukan... aku banyak berbuat dosa denganMu ..saudaraku dan rang diluar sana.. ramai sudah teraniaya keranaku.. mungkin inilah akibatnya.. ingin saja aku meminta maaf pada mereka.. kerna menyusahkan dalam pelbagai perkara.. banyak perkara yang tidak jujur aku lakukan.. walupun nampak kecil mungkin kerana perkara kecil itulah yang membuat ramai yang terluka... ya Allah aku benar2 ingin bertaubat... berilah aku hidayah istiqamahkanlah diriku.. tunjukkan ku jalan keredhaanMu... aku benar2 ingin benar hampir DenganMu...

No comments:

Post a Comment