Friday, February 11, 2011

mengenal sebuah perhubungan





...tidak ku sangka dalam perkenalan 5 tahun dengan jiwa yang penuh tawakal dengan nekad yang ada termeterailah sebuah risikan dari pihak keluargaku.. dengan doa yang tak pernah putus akhirnya satu tapak telah selesai bagi meneruskan kesinambungan dalam sebuah perhubungan.. suasana yang harmoni tanpa ada sebarang aral menambah kesyukuranku... tiadalah daya mengelak segala sesuatu perkara yang berlaku..namun ketentuanNya juga buat ia berjalan lancar.. arakian dengan hati yang tenang berpakaian serba putih cekal kan hati nekad kan diri..berbekal kan niat yang suci.. ku gagahkan sebagai seorang lelaki hadir dalam sebuah majlis yang sederhana namun sangat mendatangkan kesan yakni merisik.. setibanya di sana seperti yang dijangkakan kami di sambut dalam keaadaan yang sangat mendamaikan dan baik.. sambutan salam dihulur dengan senyuman yang jelas terpancar kegembiraan pada kedua pihak aku dan dia.. apabila masuk diruangan perbincangan.maka berceritalah keluarga dua belah pihak berkenaan isu terkini dan pelbagai topik sebelum menjurus kepada niat kedatangan.. maklumlah bagi menambahkan kemeriahan dengan hilai tawa kanak.. dan diselang selikan dengan gelak tawa orang dewasa berjenaka.. dia berpakaian serba hijau menambahkan seri tampak dari riak wajah yang penuh redha.. bermulalah perbincangan..Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar kedua2 pihak telah bersetuju.. berkenaan dengan tarikh pertunangan.. suasana masih dalam keadaan yang sangat harmoni.. dengan perlahan dia dipanggil bagi ibuku menyarungkan sebentuk cincin..



.... Cincin disusurkan terus ke jari manis si dia oleh ibuku beriringan dengan tetamu yang memandang dengan senyuman.. dia tersipu malu.. selesai upacara menyarungkan cincin suasana masih dalam keadaan yang sedikit riuh tetapi damai.. dengan hidangan yang tersedia.. tidak disangka aku diminta untuk membacakan doa makan dan keselamatan serta kesyukuran bagi majlis yang berlangsung.. dengan jiwa yang tenang aku menadahkan tangan dengan membaca baris2 ayat doa dengan tawajuh..sambil diaminkan bagi mereka yang mendengar.. berjamulah sekeluarga dengan keadaan bertanyakan kabar diselitkan dengan pelbagai cerita sambil menjamu selera.. ketika berada di penghujung majlis pihak aku telah memberikan sedikit buah tangan.. begitu juga pihak si dia membalasnya dengan hati terbuka.. syukur pada Allah.. semuanya berjalan lancar..amin..

1 comment:

  1. Pergh! ayat jiwang giler..sadis lak tu. Congrats bro! good effort.

    ReplyDelete